Free Mp3 Music and Clips Download

September 6th, 2007 by syeikh

Assalamualaikum….

Hurmmm, lamanya tak updated blog friendster ni….

Updated kali ni pun bukan apa…just nak bgtau pada semua kawan-kawan aku yang suka download lagu tu, sekarang aku buatkan satu blog untuk korang download lagu. hehe…

Semua lagu ada la…Kecuali lagu Tamil dan Cina jer..aku tak paham beb.. Ok, kalau nak download lagu, boleh melawat di blog www.dinberamboi.com

kalau korang nak request lagu pun boleh jugak…aku akan uploadkan untuk korang..

Bye2… Assalamualaikum.  :)

www.dinberamboi.com

Blog Terbaru

March 30th, 2007 by syeikh

Assalamualaikum…

Untuk makluman sahabat2, anda semua boleh access ke blog terbaru saya di http://www.din-beramboi.blogspot.com

Sekian, terima kasih

Lawak Untuk Kau : Budak U Xleh Tipu Professor

January 21st, 2007 by syeikh

Ada 4 orang sahabat. Mereka duduk satu rumah
dan belajar di pusat pengajian
tinggi yang sama. Nak di jadikan cerita, mereka ni
unaware hari khamis itu satu test, kira last minute
lah baru tahu (biasa lah,student ni kadang-kadang,
ponteng, lepas itu tak nak tanya2 kawan-kawan).

So, mereka berfikir lah, macam mana nak elakkan
daripada mengambil ujian pada hari tu.nak
kelentong professor lah ni.

Ada seorang tu, cadangkan rumah terbakar
lah,tapi ada yang bantah. macam tak logik sangat,
banyak laks soal jawab nanti dengan professor.
Last2, dapat idea yang mereka fikir sangat bagus.
Salah seorang itu telefon lah si professor tu.
Cakap sebiji tayar kereta mereka pecah. sekarang
mereka kat highway, tak sempat nak sampai
on time (kira jauh lah ni). Professor pun setuju lah
menangguhkan ujian ke hari isnin depan. lega.
Mereka fikir, sempat lah nak study kejap.

Hari Isnin pun sampai. Ujian tu professor buat kat
bilik dia. Yerla,4 orang saja. Senang nak monitor
kalau2 ada lah yang nak meniru2 ke, bincang
jawapan ke. Ujian pun bermula. Ada 2 soalan saja.

Soalan pertama, 1 markah. wah, sikit saja.
Professor tanya apa nama subjek ujian yang
mereka tengah ambil ni.OK. senang lah kan.

Soalan 2, 99 markah. Ha, ambik kau. terkejut.
Cuba teka apa soalan yang professor itu bagi ?

Soalan ke 2 : tayar kereta mana yang pecah ?
Macam mana nak jawab? Jawapan
tak boleh bincang. Kalau seorang jawab depan kiri,
seorang jawab depan kanan, yerlah, ada 4
kemungkinan kan, professor boleh detect lah
mereka menipu…… hehehe, tu lah, lain kali jangan
tipu professor

Lawak Untuk Kau : Gataiiiiiiiii

January 21st, 2007 by syeikh

Pada suatu pagi, bertanya si isteri pada si suami:

Isteri : Abang tengok jiran kita yg baru pindah tu?

Suami : Kenapa?
Isteri : Tiap pagi sebelum pergi kerja, suami dia akan cium
isterinya.
Bila pulang kerja, dia akan berikan isterinya sekuntum bunga
mawar. Loving
betullah mereka. Kenapa abang tak buat macam tu?

Suami : Nak mampus… Mana abang kenal isteri dia, kalau laki dia bagi ok gak?"

Piangggggggggggg…gatai……….

Pil Penjimat Minyak Dan Diesel Terhebat

January 3rd, 2007 by syeikh

Intersave5tu3
   
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Adakah anda rasa tertekan dengan
harga minyak yang tinggi sekarang? Bila tengok meter jer…rasa geram ! "
Ermm…cepatnya minyak kereta aku habis! rasanya baru jer isi" Itu mungkin
luahan hati anda bukan. bukan anda seorang sahaja merasakan begitu, tetapi semua
orang merasakan tempiasnya dengan kenaikan harga minyak dunia
sekarang.

Adakah anda berharap minyak petrol anda tidak habis secepat
sekarang? Ya…anda boleh ! kini anda boleh merasa lega dengan tambahan 100KM
dengan setiap tangki penuh minyak petrol atau diesel yang di isi.

Dengan
terhasilnya satu produk penjimat minyak keluaran USA ini            ( INTERSAVE
), anda kini boleh merasa lega. Ia terbukti berkesan dan telah di uji oleh
pakar. harganya  pula murah berbanding  pil penjimat minyak lain di pasaran. Ia
telah menembusi pasaran Malaysia pada bulan September 2006 lepas dan mendapat
sambutan yang hangat daripada pengguna.

Dapatkannya sekarang  dan
jimatkan  minyak petrol  atau diesel anda sekarang !!!

Klik untuk
mendapatkan INTERSAVE http://jimatpetrol.sitesled.com/

Dari,
Mohd
Zainuddin B Che Ismail
017-3160408
syeikh_myfren (at)
yahoo.com
http://jimatpetrol.sitesled.com/

Perutusan Tahun Baru….

January 3rd, 2007 by syeikh

Masthead_utama_1

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Apa khabar anda semua usahawan internet dan bukan internet? Harap-harap anda semua berada dalam keadaan sihat selalu yek… :) Masih belum terlewat rasanya untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha kepada muslimin dan muslimat sekalian. Camne? Hepy ke raye? Harap-harap seronok lah dapat beraya dan balik kampung. Dapatlah juga lepaskan rindu pada mak, ayah dan saudara mara kat kampung tu kan…

Urm…sedar tak sedar, kita dah berada  di tahun baru Masihi.  Biasanya, bila tiba tahun baru, orang semua sibuk membicarakan pasal impian dan azam baru bukan  ? hehe…biasa  la tu..  Untuk berjaya, kita kena ada  impian betul?  Tanpa impian, kita seolah-olah tiada arah tuju lah. Segala uasa kita adalah sia-sia.

Saya berharap impian kita pada tahun lepas sudahpun tercapai. Jika ada yang belum tercapai, usaha lagi dan lagi…insya-Allah dapat. Sebenarnya, Allah s.w.t itu maha adil, siapa usaha pasti dapat. Dan pastinya, untuk mencapai impian sebesar gunung, mestilah dengan usaha sebesar gunung juga.  Jangalah menjadi seperti Mat Jenin yang hanya tahu berangan sahaja…nak pinang puteri raja, akhirnya jatuh  dari pokok kelapa.  Semuanya memerlukan pengorbanan dan kegigihan yang berterusan.

Akhir kata, semoga tahun baru ini akan terus memantapkan bisness anda semua. Mari kita semua gegarkan tahun baru ini dengan  dunia  internet tanpa sempadan. Jom gegarkan !!!!

Sekian,
Mohd Zainuddin B Che Ismail
UM,KL.

Lawak Untuk Kau : Aku Jugaaaaaakkkk !!!

January 3rd, 2007 by syeikh

Sorang pompuan tu… TERberanak dalam lif. Punyalah dia malu… melalak
dan
tak mau keluar lif… Datang doktor cuba pujuklah pompuan ni… nak
bawa ke
hostipal.

"Marilah keluar amoi, saya bawak peligi hostipal". "Tak maulah
doktor,
saya malu"
Kemudian kata doktor tu… "Apa nak dimalukan, tahun
lepas saya
ada kes lagi teruk
punya malu…. TERberanak dalam longkang
lagi!!!"

Tetiba, lagi kuat amoi tu lalak…. Doktor tercegang dan tanya
kenapa
nangis lagi kuat.
Kata amoi tu… "Orang tu Akulah
jugaaaaaaaaaaaaaaaakkkkkkkkk!!!!"…..

Akhbar Online

December 23rd, 2006 by syeikh

Akhbar-akhbar utama di Malaysia

1. Berita Harian

2. Utusan Malaysia

3. Harian Metro

4. New Straits Times

5. The Star

Apa Yang Perlu Anda Tahu…

December 23rd, 2006 by syeikh

Anda Perlu Tahu Ini…

Pengguna internet seluruh dunia pada akhir tahun 2005 adalah seramai 1,018,057,389 (1 Bilion) berdasarkan laporan Internet World Stats.

Menurut NITC, jumlah pengguna internet di Malaysia adalah sebanyak 10,040,000 orang pada Disember 2005. Jumlah ini adalah 38% daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia. Jumlah terbesar bertumpu di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang.

Sejak tahun 2000, kadar penambahan penggunaan internet di Malaysia adalah hampir 200%.

Melihat statistik ini, ia menunjukkan penggunaan internet di Malaysia bertambah dengan kadar yang amat pantas.

Internet World Stats mencatatkan terdapat 364.3 juta pengguna internet di Asia. Jumlah ini adalah lebih dari pengguna internet di Eropah (290.12 juta) dan Amerika Syarikat (225.8 juta) pada Disember 2005.

Bahasa Malaysia digunakan oleh 2/3 daripada 10 juta pengguna internet di Malaysia. Bahasa Malaysia juga boleh difahami oleh negara-negara jiran termasuk Indonesia (15 juta pengguna), 15% daripada pengguna internet Singapura, dan pengguna internet di Brunei. Jumlah keseluruhan pengguna internet yang boleh memahami Bahasa Malaysia adalah melebihi 25 juta orang.

Dan Faedahnya Kepada Anda…

Lihat betapa luasnya pasaran tempatan serta peluang perniagaan dalam Bahasa Malaysia. Lihat sahaja statitik pengguna internet di Malaysia yang merupakan 38% daripada keseluruhan rakyat Malaysia. Dan paling penting peratusan ini akan bertambah setiap tahun. Tunggu apa lagi? Maksimumkan capaian ke perniagaan online anda sekarang!

Lawak Untuk Kau: Mati Semasa Ambil Gambar

December 22nd, 2006 by syeikh

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga: Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok. Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung
manakala yg ketiga disambar petir.
Polis: Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga: Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya